Sunday, 14 May 2023

4.1 Takrif Nasikh dan Mansukh [ 2J ]

4.0 nasikh dan Mansukh [ 10J ]. 4.1 Takrif Nasikh dan Mansukh [ 2J ].  Hasil Pembelajaran : Calon seharusnya dapat : (a) mentakrifkan nasikh dan mansukh dalam al-Quran berserta contoh 

10 comments:

  1. ---------------------
    Berikan Pengertian Nasikh & Mansukh dari segi bahasa dan istilah
    ---------------------
    Dari segi bahasa [ etimologi ]
    ---------------------
    Naskh ( النَّسْخُ ) dari segi bahasa bermaksud, menghilangkan ( الإِزَالَةُ ) atau memindahkan / menggantikan - التبديل (al-Rhazi 1992: 273).
    ---------------------
    Dari segi istilah [ Terminologi ]
    ---------------------
    Dari segi istilah NASAKH ( النسخ ) bermaksud mengangkat hukum syarak dengan dalil syarak yang diturunkan terkemudian. Dalil yang terkemudian itu dinamakan sebagai nasikh ( نَاسِخٌ ) dan yang terdahulu ialah mansukh ( مَنْسُوخٌ ) - (Abdul Karim Zaydan 1983: 306).
    ----------------------
    TAMAT
    ----------------------

    ReplyDelete
    Replies
    1. ---------------------
      Nasikh ( نَاسِخٌ ) dari segi bahasa
      ---------------------
      [1]- Menghilangkan sesuatu ( الإِزَالَةُ )
      [2]- Menghapuskan sesuatu & menggantikan dgn yg lain
      مَا نَنْسَخْ مِنْ آيَةٍ أَوْ نُنْسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِنْهَا أَوْ مِثْلِهَا - البقرة : ١٠٦
      [3]- Memindahkan sesuatu ke tempat lain
      [4]- Pengalihan ( Mengalihkan sesuatu ) - التَّحْوِيلُ
      [5]- Penggantian ( التَّبْدِيلُ )
      وَإِذَا بَدَّلْنَا ءَايَةً مَكَانَ آيَةٍ - النحل: ١٠١

      Delete
    2. -----------------
      Nasikh ( نَاسِخٌ ) dari segi Istilah Ulama' Mutaqaddimin & Ulama' Salaf
      -----------------
      [1]- Pembatalan Hukum oleh hukum yang datang kemudian [2]- Pengkhususan yang Am/Umum oleh yang Khas/Khusus. [3]- Menjelaskan yang mubham (Samar) dan mujmal (Gambaran Umum) dengan penjelasan yang datang kemudian [4]- Mentaqyidkan yang Mutlaq iaitu penetapan syarat bagi yang tidak bersyarat.

      Delete
    3. ---------------------
      Pandangan Ulama' berkaitan Takrifan Nasakh
      ---------------------
      [ 1 ] - Al-Baqillani, Ibn Hajib & al-Subki
      ---------------------
      Nasikh ialah mengangkat hukum syarak dengan dalil syarak yang datang kemudian
      ----------------------
      [ 2 ] - Al-Ghazali, al-Syairazi & al-Amidi
      -----------------------
      Nasikh merupakan khitab ( خِطَاب ) / ungkapan / keterangan yang menunjukkan terangkatnya hukum yang telah ditetapkan menerusi ( خطاب ) menerusi khitab yang tiba selepasnya. Di mana jika tanpa khitab ( خطاب ) itu, maka hukum yang pertama masih tetap berlaku.
      ------------------------
      [ 3 ] - al-Baydhawi
      ------------------------
      Nasikh ialah suatu keterangan berakhirnya hukum syarak dengan kaedah syarak yang datang selepasnya.

      Delete
  2. -------------------
    Nasakh Berlaku Semasa Hayat Nabi, Slps wafatnya tiada lagi nasikh Mansukh
    -------------------
    Tidak berlakunya naskh pada al-Quran atau sunnah selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Semasa hayat baginda, syariat Islam telah diturunkan secara berperingkat. Ini bertujuan untuk memudahkan umat Islam pada zaman jahiliah menerima ajaran Islam secara berperingkat. Ini juga merupakan salah satu tujuan naskh itu sendiri untuk memudahkan umat-Nya menjalankan segala perintah-Nya.
    ----------------------
    TAMAT
    ----------------------

    ReplyDelete
  3. --------------------------
    Soalan 03
    --------------------------
    Nyatakan dalil pensyariatan nasakh.
    --------------------------
    Dalil pensyariatan nasakh boleh dilihat dalam surah al-Baqarah ayat 106
    --------------------------
    مَا نَنْسَخْ مِنْ آيَةٍ أَوْ نُنْسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِنْهَا أَوْ مِثْلِهَا ۗ أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
    --------------------------
    Ayat mana saja yang Kami nasakhkan, atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya. Tidakkah kamu mengetahui bahwa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu?
    --------------------------
    Hai Rasulullah, tidaklah Kami menasakh / mengganti hukum suatu ayat atau menghapusnya dari hatimu ( menjadikan lupa ) melainkan Kami akan menurunkan kepadamu yang lebih baik atau yang setara dengannya. Tidakkah kamu dan umatmu mengetahui bahwa Allah berkuasa atas segala sesuatu, tidak ada yang sulit bagi-Nya.
    --------------------
    Syarah Ayat
    --------------------
    Nasakh berarti membatalkan atau menghilangkan. dan segala yang dihadirkan setelah sesuatu berarti telah sesuatu itu telah dinasakhkan; misal: matahari telah menasakhkan bayangan, dan uban telah menasakh masa muda.
    Dan dalam ayat ini maksudnya adalah Allah mengubah hukum sesuatu yang hahal memjadi haram, yang haram menjadi halal, yang boleh menjadi terlarang dan yang terlarang menjadi dibolehkan. Dan nasakh tidak ada kecuali pada (ayat yang terdapat hukum) seperti haram atau mubah; adapun pada kabar-kabar (cerita kaum terdahulu) tidak terdapat nasakh dan Mansukh.
    ----------------------
    TAMAT
    ----------------------

    ReplyDelete
  4. ----------------------
    SOALAN 04
    ----------------------
    Nyatakan contoh-contoh ayat Nasikh dan Mansukh
    ----------------------
    JAWAPAN
    ----------------------
    Contoh 01
    ----------------------
    Firman Allah Taala di dalam surah Ali Imran ayat 102
    ----------------------
    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِـــــهِ
    ----------------------
    Terjemahan : Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah Taala dengan sebenar-benar taqwa kepadanya.
    ----------------------
    Imam as-Suyuthi menyatakan bahawa tidak ada ayat dalam al-Quran paling sahih tentang nasikkh dan mansukh kecuali ayat ini. Di mana ada Ulama' menyatakan bahawa ia Mansukh dengan firman Allah Taala di dalam surah al-Taghabun ayat 16
    -----------------------
    فَاتَّقُوا اللهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ
    -----------------------
    TAMAT
    -----------------------

    ReplyDelete
    Replies
    1. ----------------
      Contoh 02 - Ayat Nasikh Mansukh
      [ Peralihan Arah Qiblat ]
      ----------------
      Ayat Mansukh ( مَنْسُوخٌ ) - Dinasakhkan
      Ayat Baqarah : 115
      ----------------
      وَلِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ ۚ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
      ----------------
      Ayat Nasikh ( نَاسِخٌ ) - Yang Menasakhkan
      Baqarah 149-150
      -----------------
      وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۖ وَإِنَّهُ لَلْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
      -------------------

      Delete
  5. --------------------
    SOALAN 5
    --------------------
    Nayatakan ruang lingkup Nasikh dan Mansukh
    ---------------------
    JAWAPAN
    ---------------------
    [ 1 ] - Perkara boleh berlaku nasakh
    ---------------------
    Nasikh dan Mansukh hanya boleh berlaku pada hukum hakam sahaja. Hal ini telah disepakatai oleh Jumhur Ulama'. Secara khususnya ia berlaku pada perkara-perkara pecahan ibadah dan munakahat.
    ---------------------
    [ 2 ] - Perkara2 Tidak boleh berlaku Nasakh
    ----------------------
    Perkara Berkaitan Akidah
    Perkara Berkaitan Akhlak
    Perkara berkaitan Usul Ibadat & Muamalat
    Nas yg mengandungi makna kekal spt ( خالدين فيها أبدا )
    Perkara berkaitan kisah sejarah ( spt sejarah kaum Thamud .. )
    -----------------------
    TAMAT
    -----------------------

    ReplyDelete
  6. -------------------------
    SOALAN 6
    -------------------------
    Nyatakan hikmah Nasikh & Mansukh
    -------------------------
    JAWAPAN
    -------------------------
    (1)- Menghilangkan kekeliruan
    Nasikh Mansukh dpt menghilangkan kekeliruan & kesamaran dlm perundangan Islam.
    -------------------------
    (2)- Menunjukkan Kesempurnaan Islam
    Nasikh Mansukh memberi petunjuk bhw Islam agama yang sempurna memenuhi tuntutan keperluan manusia di sepanjang zaman
    -------------------------
    (3)- Memenuhi hajat & keperluan manusia
    Nasikh Mansukh disyariatkan sebagai memenuhi keperluan jasmani dan rohani manusia dan hubungan manusia dgn Allah, manusia dan alam.
    -------------------------
    (4)- Menjinakkan Manusia
    Pensyariatan nasikh Mansukh juga boleh menjinakkan hati-hati manusia untuk menerima dan beramal dengan amalan Islam yang mudah dan fleksible
    --------------------------
    (5)- Kemudahan Beramal
    Syariat yang diturunkan berperingkat2 melalui cara nasikh mansukh contohnya pengharaman arak dapat menjadikan manusia dapat menerima dan mudah beramal dengannya tanpa ada kejutan buadaya.
    --------------------------
    (6)- Memberi Keringanan
    Nasikh & Mansukh dari hukum berat kpd hukum ringan dapat memberi keringanan kpd manusia.
    --------------------------
    (7)- Ujian dan Ikhtibar
    Nasikh & Mansukh juga menjadi Ujian keimanan kpd manusia di mana org2 beriman akan menerimanya manakala orang2 Munafiq dan kafir akan mempersendakannya.
    --------------------------
    TAMAT
    --------------------------

    ReplyDelete

Topik 1.0 Konsep Ulum al-Quran [ 2J ]

1.0 Konsep Ulum al-Quran [ 2J ]  1.1 Takrif Ulum al-Quran [ 1J ] . Hasil Pembelajaran : Calon seharusnya dapat : (a) - Mentakrifkan Ulum a...